Al-Maidah, dari Ayat 1~10.
1. Hai orang-oang yang beriman ! sempurnakan lah
aqad (perjanjian). Dihalalkan bagi kamu binatang
ternak, kecuali yang akan dibacakan kepada mu, pada hal kamu tidak menghalalkan
buruan diwaktu kamu ber ikhram, sesungguhnya Allah menghukum apa yang ia
kehendaki.
2. Hai orang-orang yang
beriman ! janganlah kamu berlaku semahu-mahu pada batas-batas Allah, dan jangan
pada bulan yang dihormati, dan jangan pada korban dan jangan pada korban yang
ditandakan leher-leher nya, dan jangan pada orang-orang yang menuju kerumah
yang mulia dengan maksud mencari rezeki dari Tuhan mereka dan keredaan nya,
tetapi sesudah kamu selesai dari
pekerjaan haji, boleh lah kamu berburu, dan jangan lah kebencian kamu kepada
satu kaum lantaran mereka pernah halangi kamu dari masjid yang mulia itu
menyebabkan kamu melewati batas, tetapi hendaklah kamu bertolong-tolongan atas kebaikan
dan bakti, dan jangan lah kamu bertolong-tolongan atas dosa dan permusuhan, dan
hendaklah kamu takut kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah itu sangat keras seksaan nya.
3. Diharamkan atas kamu makan
bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disembelah kerana yang
lain dari Allah, dan yang mati dicekek, dan yang mati dipukul, dan yang mati
jatuh dari atas, dan yang mati ditanduk dan
yang mati ditakuk binatang buas, kecuali barang yang kamu sempat sembelih,
dan diharam binatang yang disembelih diatas nusub (berhala), dan diharamkan
kamu memeriksa nusub dengan undi, yang demikian itu adalah kerderhakaan. Pada
hari ini, orang-orang kafir telah putus asa pada menarik kamu daripada agama
kamu lantaran itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi hendaklah kamu
takut kepada aku. Pada hari ini aku telah sempurnakan kepada kamu agama kamu
dan aku telah cukupkan atas kamu nikmat ku, dan aku telah reda Islam itu sebagai agama buat
kamu, tetapi barang siapa terpaksa pada waktu kelaparan, pada hal ia
tidak sengaja mahu berdosa, maka sesungguhnya Allah itu pengampun, panyayang.
4. Mereka akan bertanya
kepada mu apakah yang dihalalkan bagi mereka, katakan lah; “dihalalkan
buat kamu barang yang baik-baik, dan
apa-apa yang kamu ajar dari binatang-binatang penangkap. Pada hal kamu biasakan
mereka berburu, kamu ajar mereka dari apa yang
Allah telah ajar kepada kamu, maka makan lah apa yang mereka tangkap buat kamu, dan sebutlah nama Allah
atasnya, dan takutlah kepada Allah, kerana Allah itu cepat pengiraan nya.
5. Pada ini hari, dihalalkan untuk kamu barang
yang baik-baik – dan makanan orang-orang kafir yang diberi kitab itu halal bagi
kamu, dan makanan kamu halal buat mereka dan halal perempuan-perempuan yang
merdeka daripada mukminat, dan halal perempuan-perempuan
yang merdeka golongan orang-orang kafir
yang diberi kitab dahulu daripada kamu, Apabila kamu beri mas khawin mereka,
pada hal kamu bernikah, bukan kamu berzina dan bukan kamu jadikan gundik-gundik
dan barang siapa menolak iman, maka sesungguhnya gugurlah amal nya, dan adalah ia diakhirat,
dari orang-orang yang rugi.
6. Hai orang-orang yang beriman !
apabila kamu mahu dirikan sembahayang, hendaklah kamu cuci muka-muka kamu dan tangan-tangan
kamu sampai kesiku-siku kamu, dan sapulah kepala-kepala kamu, dan (cucilah) kaki-kaki kamu sampai dua mata kaki, dan jika kamu
berjunub, hendak lah kamu mandi, dan jika kamu sakit atau dalam pelayaran, atau seorang daripada
kamu datang dari buang air, atau kamu sentuh perempuan, tetapi kamu tak dapat
air, maka hendaklah kamu bertayamun dengan tanah yang bersih, iaitu kamu sapu
muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu dengan nya. Allah tidak hendak membikin
keberatan atas kamu, tetapi ia hendaklah membersihkan kamu dan menyempurnakan
nikmat nya atas kamu, supaya kamu bersyukur.
7. Dan ingatlah nikmat Allah
atas kamu dan perjanjian nya yang ia janjikan kepada kamu diwaktu kamu berkata;
“kami mendengar dan kami taat”, dan hendaklah kamu takut kepada Allah kerana
Allah itu mengetahui isi-isi dalam dada kamu.
8. Hai orang-orang beriman !
hendaklah kamu jadi manusia yang lurus kerana Allah, menjadi saksi dengan adil,
dan jangan lah kebencian kamu atas satu kaum, menyebabkan kamu tidak adil,
berlakulah adil, kerana iaitu lebih hampir kepada kebaktian, dan takutlah
kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu mengetahui apa yang kamu kerjakan.
9. Allah telah berjanji
kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa mereka akan dapat
keampunan dan ganjaran yang besar.
10. Dan mereka yang kufur
dan mendustakan ayat-ayat kami, ialah orang-orang yang jadi sahabat neraka.
Sumber dari,
[] https://sites.google.com/site/mesrapasaran/3/1
Following Twitter,
[] https://twitter.com/ppptam/status/662427958863237120
.