Thursday, 5 November 2015

Khatam Surah Al-Maidah

Al-Maidah, dari Ayat 1~10

1. Hai orang-oang yang beriman ! sempurnakan lah aqad (perjanjian).  Dihalalkan bagi kamu binatang ternak, kecuali yang akan dibacakan kepada mu, pada hal kamu tidak menghalalkan buruan diwaktu kamu ber ikhram, sesungguhnya Allah menghukum apa yang ia kehendaki.

2. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu berlaku semahu-mahu pada batas-batas Allah, dan jangan pada bulan yang dihormati, dan jangan pada korban dan jangan pada korban yang ditandakan leher-leher nya, dan jangan pada orang-orang yang menuju kerumah yang mulia dengan maksud mencari rezeki dari Tuhan mereka dan keredaan nya, tetapi sesudah  kamu selesai dari pekerjaan haji, boleh lah kamu berburu, dan jangan lah kebencian kamu kepada satu kaum lantaran mereka pernah halangi kamu dari masjid yang mulia itu menyebabkan kamu melewati batas, tetapi hendaklah kamu bertolong-tolongan atas kebaikan dan bakti, dan jangan lah kamu bertolong-tolongan atas dosa dan permusuhan, dan hendaklah kamu takut  kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu sangat keras seksaan nya.

3. Diharamkan atas kamu makan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disembelah kerana yang lain dari Allah, dan yang mati dicekek, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari atas, dan yang mati ditanduk dan  yang mati ditakuk binatang buas, kecuali barang yang kamu sempat sembelih, dan diharam binatang yang disembelih diatas nusub (berhala), dan diharamkan kamu memeriksa nusub dengan undi, yang demikian itu adalah kerderhakaan. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa pada menarik kamu daripada agama kamu lantaran itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi hendaklah kamu takut kepada aku. Pada hari ini aku telah sempurnakan kepada kamu agama kamu dan aku telah cukupkan atas kamu nikmat ku, dan aku telah reda Islam itu sebagai agama buat kamu, tetapi barang siapa terpaksa pada waktu kelaparan, pada hal ia tidak sengaja mahu berdosa, maka sesungguhnya Allah itu pengampun, panyayang.

4. Mereka akan bertanya kepada mu apakah yang dihalalkan bagi mereka, katakan lah; “dihalalkan buat  kamu barang yang baik-baik, dan apa-apa yang kamu ajar dari binatang-binatang penangkap. Pada hal kamu biasakan mereka berburu, kamu ajar mereka dari apa yang  Allah telah ajar kepada kamu, maka makan lah apa yang mereka  tangkap buat kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, dan takutlah kepada Allah, kerana Allah itu cepat  pengiraan nya.

5. Pada ini hari, dihalalkan untuk kamu barang yang baik-baik – dan makanan orang-orang kafir yang diberi kitab itu halal bagi kamu, dan makanan kamu halal buat mereka dan halal perempuan-perempuan yang merdeka daripada  mukminat, dan halal perempuan-perempuan yang merdeka golongan orang-orang  kafir yang diberi kitab dahulu daripada kamu, Apabila kamu beri mas khawin mereka, pada hal kamu bernikah, bukan kamu berzina dan bukan kamu jadikan gundik-gundik dan barang siapa menolak iman, maka sesungguhnya  gugurlah amal nya, dan adalah ia diakhirat, dari orang-orang yang rugi.

6. Hai orang-orang yang beriman !  apabila kamu mahu dirikan sembahayang, hendaklah kamu cuci muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu sampai kesiku-siku kamu, dan sapulah kepala-kepala kamu, dan (cucilah) kaki-kaki kamu sampai dua mata kaki, dan jika kamu berjunub, hendak lah kamu mandi, dan jika kamu sakit  atau dalam pelayaran, atau seorang daripada kamu datang dari buang air, atau kamu sentuh perempuan, tetapi kamu tak dapat air, maka hendaklah kamu bertayamun dengan tanah yang bersih, iaitu kamu sapu muka-muka kamu dan tangan-tangan kamu dengan nya. Allah tidak hendak membikin keberatan atas kamu, tetapi ia hendaklah membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat nya  atas kamu,  supaya kamu bersyukur.

7. Dan ingatlah nikmat Allah atas kamu dan perjanjian nya yang ia janjikan kepada kamu diwaktu kamu berkata; “kami mendengar dan kami taat”, dan hendaklah kamu takut kepada Allah kerana Allah itu mengetahui isi-isi dalam dada kamu.

8. Hai orang-orang beriman ! hendaklah kamu jadi manusia yang lurus kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan jangan lah kebencian kamu atas satu kaum, menyebabkan kamu tidak adil, berlakulah adil, kerana iaitu lebih hampir kepada kebaktian, dan takutlah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu mengetahui apa yang kamu kerjakan.

9. Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bahawa mereka akan dapat keampunan dan ganjaran yang besar.
10. Dan mereka yang kufur dan mendustakan ayat-ayat kami, ialah orang-orang yang jadi sahabat neraka.



Sumber dari,
[] https://sites.google.com/site/mesrapasaran/3/1

Following Twitter,
[] https://twitter.com/ppptam/status/662427958863237120






.

No comments:

Post a Comment